Membekal, Menjual Dan Membeli Benih Dan Matang Kerapu Hybrid (Kacuk),
Kerapu Hijau (Liar), Siakap Putih Dan Talapia. Membekal Sistem Penternakan
Ikan Dalam Tangki, Kolam Dan Takungan. Konsultansi Projek Akuakultur Marin
Ikan Kerapu dan Siakap Putih (Payau) Peringkat Pembenihan, Asuhan
Dan Pembesaran (Sangkar, Tangki, Kolam, Takungan).

Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama para penerima peruntukan Tabung Pembangunan Usahawan Kor Tani pada Majlis perasmian Konvensyen Agropreneur Muda Kor Tani Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berpuas hati dengan pencapaian bilangan Agropreneur Muda (Kor Tani) yang mencecah sebanyak 2,484 orang usahawan muda dalam tempoh setahun sejak dilancarkan pada September lalu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu telah melepasi sasaran awal kementerian yang menetapkan sebanyak 1,000 usahawan setiap tahun.

"Kesemua usahawan baharu itu telah berdaftar dan memulakan projek pertanian masing-masing. Antara bidang yang menjadi tumpuan kumpulan usahawan tersebut adalah tanaman, perikanan, ternakan, fertigasi, lebah madu, madu kelulut dan industri asas tani.

"Bagaimanapun kementerian mahu semua usahawan agro yang telah berdaftar tidak hanya menjalankan perniagaan separuh jalan dan bersemangat pada peringkat awal sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Agropreneur Muda (Kor Tani), di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kementerian akan membimbing kumpulan usahawan baharu ini dengan pelbagai aspek bantuan termasuk konvensyen yang diadakan hari ini.

"Konvensyen hari ini dapat membuka ruang kepada usahawan muda untuk bertukar-tukar fikiran dan yang paling penting merebut pengalaman daripada usahawan yang berjaya terutama dalam skop pasaran.

"Hari ini kita bawa Mydin yang merupakan antara usahawan paling berjaya daripada segi pasar raya besar, kita mahu usahawan muda daripada agropreneur berkongsi pandangan dan idea dengan Mydin," katanya.

Beliau berkata, kementerian berharap kumpulan usahawan agro dapat berjaya dengan usaha sendiri tanpa bantuan orang tengah seperti usahawan pertanian yang ada ketika ini.

Arkib 12/8/2014

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140812/dn_12/Agropreneur-Muda-Kor-Tani-capai-sasaran#ixzz3AVsV9yiS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kredit Gambar: Facebook Nik Mazri Mat Yusof

0 comments



View Larger Map
Creative Commons License
Kerapu Online by Kerapu Online is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-Share Alike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at kerapuonline.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at kerapuonline.blogspot.com.