3" and 4" is currently available.
Next expected 4" batch: End of August 2015
Stok semasa saiz 3 inci dan 4 inci.
Keluaran seterusnya untuk 4 inci dijangka akhir bulan 8 (Ogos) 2015.
Program Pelepasan Benih Ikan Kerapu Hijau - 5 Mei 2015
Posted by Kerapu Online Labels: benih, berhad, besut, demong, hijau, ikan, kerapu, koperasi, pelepasa, penternak, program, tanjong
Program pelepasan benih ikan kerapu hijau (juga dikenali sebagai ikan kerapu liar atau kerapu bintik) pada 5 Mei 2015 disempurnakan oleh anggota Koperasi Penternak-Penternak Ikan Kerapu Tanjong Demong Besut Berhad dan KerapuOnline. Ikan dikumpul daripada anggota-anggota koperasi dan dilepaskan ke perairan Laut China Selatan berdekatan Pulau Rhu, Besut, Terengganu.
Program ini dijalankan sebagai satu tanggungjawab sosial oleh pihak KerapuOnline dan Koperasi Penternak-Penternak Ikan Kerapu Tanjong Demong Besut Berhad untuk memulihara seterusnya menangani kepupusan sumber perikanan. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun oleh pihak kami dan juga koperasi. Kami juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk membuat program seperti ini pada masa akan datang dan boleh menghubungi pihak kami untuk maklumat lanjut dan perbincangan. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)



